Saturday, September 1, 2012

Tukar Bendera Malaysia ? | MERDEKA 55

assalamualaikum....
tenang2, baru pas exam td, mau hapdet belog sikijap.hihi....

Alhamdulillah, semalam 31 Ogos 1957, Hari kemerdekaan utk MALAYSIA..
HAPPY BUFDAY MALAYSIA !! yg ke 55... =)

syioknyee laa tgk kat tv, dorang bkumpul ramai2 kat bukit jalil...tak dapat pegi pon. =(

pasal TUKAR BENDERA.. dah 55 tahun merdeka oii, kenapa skrg bukak isu pasal neh? adeyyhh, topic sensitif neh.huhu





WHY ??

pasal SANG SAKA MERAH PUTIH?

(tak mau komen byk, nty slh komen )huhu

ape2 pon, kena la bukak balik buku sejarah...

******************************

jom bace sejarah JALUR GEMILANG ... =)


Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.


Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.



Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.



Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."



Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.


***************************************


secara logik la kan....
Malaysia skg dah terkenal di mata DUNIA...
kalau tuka bendera baru, tak de la org kenal MALAYSIA..

nak membangun balik mcm lepas merdeka dulu, alamat nyee kne tggu laa bpuluh2 tahun lagi...

bler plak nak mencapai wawasan 2020 kan ?huhu
aku taknak negara neh dijajah semula...
haihh, nty nak merempat kat mane plak kan...

Cukup laa dgn keamanan yg dikecapi sekarang neh..

i'm PROUD to be MALAYSIAN..

im4u



JUST my opinion =) 

PEACE !!!


*****************************************



No comments: