Thursday, August 30, 2012

Taman Tema Pertama Malaysia | Mimaland ( 1970 - 1994 )

Siapa pernah dengar tentang Mimaland? apa yang ada di Mimaland? Kenapa dia ditutup? Ha.. banyak soalannya, bagi yang tak tahu atau kurang tahu (yang tahu mohon buat-buat tak tahu). Mimaland nie sebenarnya satu pusat rekreasi paling popular pada tahun 1971, tempat tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama keluarga (dulu mak abah kita pun dating kat Mimaland). 




Nama Mimaland diambil dari singkatan Malaysia In Miniature Land, kawasan seluas lebih kurang 300 ekar terletak di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur dibuat secara beberapa peringkat iaitu peringkat pertama pada tahun 1970 mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet, sebuah kolam renang, dan taman haiwan prasejarah yang dipenuhi replika dinasour bersaiz besar.




Pada tahun 1984 Mimaland telah membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membuka sebuah tasik untuk aktiviti bersampan, memancing, kawasan 'Giant Maze' dan juga kawasan merentas rimba.  





Setelah lebih 28 tahun Mimaland menceriakan kehidupan ribuan orang, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu pada tahun 1993, dimana satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun dikatakan akibat lemas berlaku dikawasan kolam renang dan papan luncur. Kejadian ini mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan kolam renang dan papan luncur untuk kerja-kerja pemambahbaikan. 


Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang, dan sekali lagi kawasan itu ditutup dari orang ramai, dan ada yang mengatakan kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat dari proses penambahbaikan pihak Mimaland sejak kematian warganegara Singapura. Kawasan tasik juga tidak terkecuali, air yang jernih berubah menjadi warna coklat.


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak agensi kerajaan diatas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan yang menyebabkan beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah menghalang pihak Mimaland dari meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, pada tahun 1994 pihak Mimaland akhirnya terpaksa membuat kata putus menutup Mimaland buat selama-lamanya. 









Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan 
(untuk projek apa tak pasti) dan tanah nie dah dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat nie berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil lah kan. 



Nie lah rupa pintu masuk dia sebelum pintu utamanya

Pasal dekat dengan rumah dan kerja area situ hari-hari lalu depan nie, tak sempat nak pergi dah tutup pulak tempatnya. Adik beradik lain sempat, sadis betul. :P

Info tambahan :
  • Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983),  Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation



Credit : KLIK SINI

************************************************************************************************

5 comments:

Unknown said...

sygnye tempat camtu bleh ditutup...

~naddy~ said...

@Putri Miemi

kan? skg dah menakutkan.hee

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...


bahan sejarah ni. taman tema pertama kat Malaysia dan kalau wujud lagi jadi yang paling tua. kan?

kira kematian org Singapura jadi antara punca penutupan. satu persatu menimpa taman tema ni.

Aku pengembara said...

Tinggal kenangan :(

syakirahmn said...

tk penah tauuu pulak hal ni :O