Pada tahun 1984 Mimaland telah membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membuka sebuah tasik untuk aktiviti bersampan, memancing, kawasan 'Giant Maze' dan juga kawasan merentas rimba.
Setelah lebih 28 tahun Mimaland menceriakan kehidupan ribuan orang, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu pada tahun 1993, dimana satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun dikatakan akibat lemas berlaku dikawasan kolam renang dan papan luncur. Kejadian ini mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan kolam renang dan papan luncur untuk kerja-kerja pemambahbaikan.
Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang, dan sekali lagi kawasan itu ditutup dari orang ramai, dan ada yang mengatakan kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat dari proses penambahbaikan pihak Mimaland sejak kematian warganegara Singapura. Kawasan tasik juga tidak terkecuali, air yang jernih berubah menjadi warna coklat.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak agensi kerajaan diatas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan yang menyebabkan beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah menghalang pihak Mimaland dari meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, pada tahun 1994 pihak Mimaland akhirnya terpaksa membuat kata putus menutup Mimaland buat selama-lamanya.
Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan
(untuk projek apa tak pasti) dan tanah nie dah dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat nie berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil lah kan.
Nie lah rupa pintu masuk dia sebelum pintu utamanya
Pasal dekat dengan rumah dan kerja area situ hari-hari lalu depan nie, tak sempat nak pergi dah tutup pulak tempatnya. Adik beradik lain sempat, sadis betul. :P
Info tambahan :
- Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
Credit : KLIK SINI
************************************************************************************************
5 comments:
sygnye tempat camtu bleh ditutup...
@Putri Miemi
kan? skg dah menakutkan.hee
bahan sejarah ni. taman tema pertama kat Malaysia dan kalau wujud lagi jadi yang paling tua. kan?
kira kematian org Singapura jadi antara punca penutupan. satu persatu menimpa taman tema ni.
Tinggal kenangan :(
tk penah tauuu pulak hal ni :O
Post a Comment