INFO FOR TODAY =)
credit : REMAJA
Lelaki memang sukar nak di ramal, mereka memang pandai menyembunyikan perasaan mereka. Adakalanya buat kita tertanya-tanya adakah dia benar-benar menyukai kita atau sebaliknya.
Tapi tahukah kamu, walaupun si dia pandai menyembunyikan perasaan, bahasa tubuhnya tetap boleh bercakap. Jadi jom ketahui maksud di sebalik bahasa tubuhnya bila bersama kamu.
PANDANG TEPAT KE MATA
Secara fitrahnya, mata lelaki mudah tertumpu pada sesuatu yang menarik. Jika si dia asyik memerhatikan kamu itu tandanya si dia benar-benar sudah tertarik dengan aura kamu dan ingin menjadikan kamu sebagai teman hidupnya.
BERDIRI TEGAK DENGAN KEDUA KAKI SEJAJAR BAHU
wahh. =D
Posisi ini membuatkan seseorang lelaki itu tampak lebih segak dan tegap. Jika si dia tegak berdiri di hadapan kamu sambil tersenyum, itu tandanya si dia benar-benar ingin mencuri perhatian kamu.
MUDAH TERSENYUM DAN KETAWA
Jika si dia mudah tersenyum dan ketawa bila bersama kamu, itu bermakna si dia benar-benar selesa dengan kamu. That’s an obvious move sis! Nampaknya, si dia kini sudah mula selesa dengan kamu.
GIGIT BIBIR SENDIRI
*ni geget pensel.hehe*
Menggigit bibir adalah tanda seseorang itu sedang gugup dan tidak yakin. Kalau si dia bercakap dengan kamu sambil mengigit bibir, kemungkinan besar si dia sebenarnya risau dan takut tersalah cakap dengan kamu. Itu bermaksud si dia cuba kawal percakapannya dan tidak ingin kamu terluka dan kecewa dengan percakapannya.
BERJALAN SEIRINGAN
Tidak kisah berapa lambat sekalipun kamu berjalan si dia tetap berjalan seiringan dengan kamu dan langsung tidak pernah berjauhan dengan kamu. Itu bermaksud he must be really into you. Dia benar-benar mahu memastikan kamu sentiasa selamat dan tidak di ganggu oleh orang lain.
DIA PERHATIKAN KAMU BERLALU PERGI
Perasan tak saat kamu mahu pulang si dia memerhatikan kamu atau tidak ? Jika ya, sikap spontan ini bermaksud si dia benar-benar berat untuk meninggalkan dan membiarkan kamu pergi. Dalam hatinya si dia berharap dapat luangkan lagi waktu bersama kamu. Waktu ini, apa kata kamu ‘cuit’ sikit perasaannya dengan memalingkan muka sambil tersenyum manis dan berikan ‘flying kiss’ padanya. Percayalah, pasti si dia akan tersenyum lebar hingga esok!
MASUKKAN TANGAN KE SAKU
Orang yang suka sembunyikkan tangan di dalam saku adalah orang yang banyak berahsia dan suka berselindung. Kebiasaan lelaki seperti ini akan cuba sedaya upaya untuk menutup keburukan dirinya di hadapan pasangannya. Hati-hati dengan kata-katanya kerana tidak semua percakapannya boleh di percayai.
huhu.. paham dok? semua gamba credit pd en.google hensem.. LOL.
1 comment:
terima kasih
Post a Comment