MY PAGE


XOXO

Friday, December 16, 2011

Rahsia Warna Ikut Hari

Assalamualaikum ! selamat hari jumaat yg sangat mulia.. =D


rasa seronok je nak hapdet belog dgn WAJAH baru neh.. grr....SUKA sgt !
*dah nak final pon, busy dok edit belog* err...


sebelum tu.. meh Tenyeh SiniTekan Sini, and Klik Sini untuk info tentang iPHONE best !


WARNA ikot hari ?? Isnin, Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad...ade 7 HARI jee...


warne pe yg korang hiasi sekarang neh ye ?? seswai dgn hari ni tak ? harini warne ape ye ?
oke2, meh aku citewkan lebih lanjut ye..... ( SILA BACA DGN PENUH KESABARAN . PEACE ! )


*
tau tak , sebenarnye WARNA memainkan peranan yg penting kat kite...

*

ISNIN aka MONDAY

Warna = PUTIH


ape motif isnin sangat seswai dgn warna putih ??

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary
Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. 
Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal.
Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. 
Selalunye sape2 yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. Haa ?

Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.


***

SELASA aka TUESDAY

Warna = PINK o VIOLET



Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan
Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Awesome ! HAHA..

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata.

Adalah disarankan agar anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri. * HAHAHA. tak boleh BAYANGkann BOMBA pakai PINK.. Hadoiii.... >.<

***

RABU aka WEDNESDAY

Warna = BIRU


Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. 
Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. 
Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.
Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

kalau macam tuh, KALAU ADA PRESENTATION, set RABU je laa. Heee.. mesti banyak idea..ecehh.. =D

***

KHAMIS aka THURSDAY

Warna = KUNING n JINGGA


Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman.
warna jingga ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi .

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. ekk ? grr
***

JUMAAT aka FRIDAY

Warna = HIJAU


Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.

Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.
Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan member kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.



****

SABTU aka SATURDAY

Warna = MERAH


Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya. * macam gambar di atas. aktiviti LASAK. konongg * =D

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Ot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu.
Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.



***
AHAD aka SUNDAY

Warna = HITAM


Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam.
Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad.
Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan.
Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

***

setakat tu je info utk WARNA mengikut hari,,,,

Tak suruh mempercayai ape2 pon, tu just kesesuaian mengikut HORMON kite...
bukan nak suruh pakai 1 warna 1 hari.. kalau nak gabungkan warna pon boleh je. asalkan ade warna ekot hari tuu. =D

bukan saje PAKAIAN, MAKE UP ekot tema HARI pon AWESOME kan ???
penat jugak kalau belog nak bertukar warna ikot HARI. grrr



KALAU COLOURFUL utk HARI ape eak ???
hehekkk

**

saya suke pakai macam2 WARNA =D



suka? LIKE & COMMENT keyh ^_^

8 comments:

Tihara said...

akk paling ske color koko :)

~naddy~ said...

agak2, koko hari ape? heheh

Em's Family said...

pakai baju selalu ikut dan je :)

~naddy~ said...

@Em's Family

same la. hehe

AISYAH@AISHAH said...

setiap warne beri kite maksud yg tersendri... info bergune gak ni... =) like!

~naddy~ said...

@AISYAH@AISHAH

hehe. betul tuhh,,,, Mekaseh,^^

Cik Nurul said...

tahniah awk menang! kat blog eyriqazz :-)

~naddy~ said...

@Cik Nurul

TQ =D