Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan Di London | belajar kat MALAYSIA

assalamualaikum semua ! sekejap jee sok 10 hari berpuasa.
SELAMAT BERPUASA yee ...

hebat betol LONDON sekarang neh... RUSUHAN tahap kronik.. huhu
aku pon baru taw harini, buleh? haha.. duduk kampung malas tengok tv.. lepak bilek je keje..

biler berita tu keluar, sibuk2 tanye mama,, " mama mama, ape punce mende tuh jadi ??"

mama pon cakap laa, " dorang tembak orang negro..."
" pasal pee ? "... mama tak citer plakk. terpakse laa dating jup dengan CIK GOOGLE, utk tahu lebih lanjut.

mama cakap, elok laa korang tak payah nak belajar jejauh sampai luar negara.. risau mama pape jadi..
krisis tu krisis nehh.. dekat ng mama takpe...CeeHhh..

*mane tak nye, belajar kat KL, tyap minggu balik, lau tak balik mama datang. huhu naseb baik gak laa dapat sambung degree kat shah alam.. hehe lau kena cmpak jejauh tak taw laa. *

**
**


LONDON, 7 Ogos - Perusuh mengambil kesempatan ke atas kematian seorang lelaki dipercayai ditembak oleh pihak polis Metropolitan London, mengakibatkan demonstrasi aman bertukar menjadi keganasan dengan gedung perniagaan menjadi mangsa kebakaran akibat letupan bom petrol.
Keganasan tercetus setelah perusuh membantah sikap pihak berkuasa menembak Mark Duggan yang berada di dalam teksi, turut dipercayai anggota kongsi gelap di kota London.
 
Suruhanjaya Bebas Aduan Polis melaporkan pihak polis menahan teksi yang dinaiki Duggan dan tembakan dilepaskan ke arah beliau. Walaubagaimanapun, suruhanjaya tersebut tidak menyebut siapa yang melepaskan tembakan dan mengapa teksi berkenaan ditahan.
"Kematian Mark Duggan amat dikesali," ujar Komander Adrian Hanstock dalam satu kenyataan di sidang media. "Peristiwa tersebut adalah suatu tragedi ngeri, namun itu tidak memberi hak kepada penjenayah untuk memusnahkan perniagaan di sini."
Perusuh mengambil kesempatan dengan membakar kenderaan polis, bas dan bangunan awam sebagai tanda protes kematian Duggan. Perusuh juga turut melontar bom petrol dan batu ke arah polis setelah sekatan jalanraya dilakukan.
"Rusuhan yang berlaku malam tadi di Tottenham tidak boleh diterima sama sekali," kenyataan rasmi dari Downing Street (kediaman Perdana Menteri). "Tidak ada justifikasi tindakan keganasan terhadap polis, awam dan kerosakan harta benda."

Bantahan terhadap pembunuhan Duggan bermula secara aman pada malam Sabtu apabila 30 rakan mendiang serta ahli keluarga berkumpul diluar balai polis Tottenham untuk menyampaikan memo bantahan.
"Tidak ada petunjuk menandakan bantahan akan bertukar menjadi keganasan dan kejadian jenayah. Kami percaya ada ada unsur-unsur luar yang mengambil kesempatan untuk menguru-harakan keadaan dan tindakan keganasan ke atas polis, pihak bomba dan kerosakan harta benda," kata Hanstock.
Tambah beliau, pihak polis telah memperolehi pita video rakaman pengawasan sulit insiden tersebut dan berjanji untuk membawa perusuh yang terlibat ke muka pengadilan




info DARI SINI ...



suka? LIKE & COMMENT keyh ^_^


4 comments:

Firdaus Life said...

london dasat lg rupanya. hahaha

~naddy~ said...

@Freaky

taw xpe kan. :)

Liling said...

ala kat malaysia pun apa kurangnya.macamana dgn org yg dari sabah/sarawak ygt study kat semenanjung ? HAHA.

mcm bersih 2.0 tu. atau politik.Bahaya juga semenanjung ni ! HAHA

~naddy~ said...

@Liling

nasib la masih boleh di kawal kan. :)